Ogos 23, 2016

Belajar bidang lain,kerja bidang lain.

Assalamualaikum.

Kita mungkin pada permulaannya belajar benda lain. .tapi berakhir dengan bekerja dalam bidang lain. 

Sangat ketara. Majoriti.. masa kini.. ramai yang terlibat.

Perkara biasa.

Semua tu sebenarnya tiada masalah.
Semua itu sebenarnya normal.
Its real life. Tidak semua benda yang kita rancang akan diizinkan-Nya.

Asalkan kita enjoy kan? Jadi kenapa perlu bersedih sebab tu?

Kenapa perlu dengar apa orang cakap..
"Sayangnya.. kau belajar 'ini' tapi at the end  kerja 'itu' "

Berhenti bersedih dan murung bersembunyi di bawah sinki semata-mata meratap apa yang orang lain cakap.         

Chill.
Semua sudah ditetapkan Allah.

Asalkan kita tidak bagi orang masalah.. dan kita tidak memberikan masalah kepada diri kita sendiri.
Asalkan kita buat benda yang betul. Dan tidak menyakiti diri sendiri.. dan yang paling penting.
Bahagia.
Just relax. And enjoy.

Macam c ranchodas shamaldas chancad dalam movie '3 idiot' cakap.. kenapa perlu buat kerja lain sedangkan kita cinta dengan kerja lain?

Cool. Biar saja kita enjoy bekerja.. diberkati Allah dan ibu bapa.

Kerja dengan selamat. Ingatlah orang yang tersayang.
Kbai.
      

Ogos 10, 2016

Hidup ini. Hati ini kena sado.



Assalamualaikum.

Kenapa hati kena sado?
Sebab macam-macam yang kita akan jumpa.. banyak benda yang kita tidak mahu terjadi.. berkemungkinan akan terjadi..    

Kita kena sentiasa 'bersedia' untuk semua benda.. terutamanya benda yang kita tidak jangka.. jadi semua tu bermula dari mana?diri sendiri.

Hati kena 'kuat'.
Fikiran JANGAN 'Berkarat'.
Sabar kena 'Ikat'.
Rezeki pastikan 'Berkat'
Negatif jangan 'semat'
Positif jadikan 'tabiat'
Sesama manusia JANGAN 'Khianat'

Ya ya.. Setiap kerja ada penatnya..
Tapi jangan fikir hanya kita saja yang merasa penat..
setiap masalah juga ada tahap tekanannya.
Tapi jangan fikir kita saja yang terima tekanan.
Setiap jalan hidup ada cabarannya..
Tapi jangan fikir kita saja yang lalui cabaran.

Kita dilahirkan untuk jadi manusia yang berfikir, Penat jawabnya Rehat.
Beri masa untuk diri berfikir.

BERHENTI anggap orang yang tidak dapat BANTU kamu itu adalah bukan 'sahabat atau keluarga sejati'. Kerana bukan semua orang Mampu untuk menghulurkan bantuan.

Aku sendiri..masih cuba untuk UBAH TABIAT.
Jangan lupa rehatkan diri.
Kerana kita cuma Manusia Biasa.

Stay strong.
K bai.

Julai 27, 2016

Kunci Bahagia untuk menjadi HEBAT





Assalamualaikum..

Hari ni jemari penat.. 
lenggok kaku dan mau rehat.

Kunci Bahagia untuk menjadi 'HEBAT'. 





Sekiranya ada tambahan boleh drop di ruang komen. 

k bai.